Saturday, 10 December 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh :
Matapelajaran : Bahasa Malaysia (LITERASI)
Tahun : 1 Ceria
Masa : (60 minit)
Tajuk : Mengenal dan menulis huruf, suku kata dan perkataan
Kemahiran :1.0 Mengenal dan menulis huruf
:1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a-z
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
1. Murid berupaya menamakan huruf kecil dengan betul
2. Murid berupaya menyebut huruf kecil dengan betul
Nilai Murni : Rajin, Berkerjasama, Berusaha bersungguh-sungguh
Bahan bantu mengajar : Kotak, kad huruf, lirik lagu, gelung rotan, kad gambar, kad perkataan

Set Induksi (5 minit)
1.Guru menunjukkan sebuah kotak kepada murid-murid.
2.Murid diminta meneka benda yang ada dalam kotak tersebut.
3.Seorang murid dipilih secara rawak untuk membuka kotak tersebutseterusnya menunjukkan huruf yang ada dalam kotak kepada rakan sekelas.
4.Guru meminta murid meneka huruf seterusnya mengaitkan isi pelajaran.
Bahan Bantu Mengajar: Kotak dan huruf (a,b,c,d)

Langkah 1(15 minit)

1.Guru menunjukkan beberapa huruf kecil di hadapan kelas.
2.Guru menunjukkan beberapa keping gambar yang disertai dengan kad perkataan.
3.Guru membunyikan huruf vokal a, i, u, yang terdapat pada awal perkataan dan melatih murid membunyikan huruf tersebut.
4.Guru melatih murid membunyikan huruf tadi secara latih tubi
Bahan Bantu Mengajar: Kad gambar, Kad perkataan dan lampiran 1.

Langkah 2(15 minit)

1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mendapat satu kad rahsia .
2.Guru meletakkan gelung rotan di setiap sudut kelas dan meletakkan kadbord yang telah ditulis huruf.
3.Setiap kumpulan membuka kad rahsia seterusnya mencari gelung rotan yang mempunyai huruf yang sama.
4.Murid berdiri mengelilingi gelung rotan dan guru menyanyikan lagu huruf kecil.
5.Murid menyanyi bersama-sama sambil menunjukkan kad-kad huruf kecil yang diperolehi sambil menggoyangkannya.
Bahan Bantu Mengajar: Kad huruf, Gelung rotan dan lirik lagu "enjit-enjit semut"

Penutup(5 minit)
1.Murid dipilih secara rawak menyebut huruf yang ditunjukkan
2.Murid-murid lain akan menyebut perkataan tersebut
3.Guru merumus isi pelajaran.
Bahan Bantu Mengajar: Kad huruf a, b, c, d.

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN:


No comments:

Post a Comment